Posts

Showing posts from June, 2020

Mohd Daniel Zulkarnain Rosdi Hisham KIG180073

Bagi Jalinan Masyarakat yang telah berlangsung, kami telah mengadakan bengkel Science, Technology. Engineering, and Mathematics (STEM). Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan kuiz, reka cipta teknologi hijau, dan reka bentuk bandar hijau. Saya telah mengambil bahagian dalam menganjurkan pertandingan kuiz. Bagi pertandingan ini, saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat nota bagi subjek Biologi. Setelah menelaah silibus Biologi pelajar sekolah, kami bersepakat umtuk menjadikan topik “Pembahagian Sel” sebagai tajuk untuk diuji. Pada mulanya, terdapat beberapa isu telah dihadapi oleh ahli kumpulan seperti komunikasi dan kerjasama, tetapi isu tersebut dapat diselesaikan dan projek berlangsung dengan lancer. Pembahagian tugas dengan memberikan ahli sub-topik untuk dijadikan nota berbentuk persembahan slaid. Ahli kumpulan diberikan tugas membuat beberapa slaid berkenaan sub-topik yang diberikan. Seorang ahli diberikan tugas untuk mengabungkan slaid-slaid tersebut and m...

MUHAMMAD SHAZUL BIN SAHROF KIG180115

Penglibatan diri saya dalam program STEM ini adalah daripada subjek “social engangement” yang saya ambil pada sem ini. Hal ini semua bermula dengan kelas pertama saya di fakulti kejuruteraan blok y. Ketika pada kelas pertama itu, kami semua seramai sekitar 80 orang diminta untuk menubuhkan team. Terima kasih kepada kawan saya juga yang telah menngajak saya untuk bergabung dengan teamnya. Selepas sahaja team kami ditubuhkan, banyak idea dan tajuk yang telah dikemukan oleh pensyarah kami bagi melaksanakan aktiviti untuk subjek ini. Hal ini demikian kerana subjek ini memerlukan satu projek dijalankan untuk dinilai sebagai pemarkahan bagi subjek ini. Pada mulanya amat susah bagi kami memilih dan menetapkan projek yang ingin kami jalankan. Kami juga   berwaspada tentang kesan baik dan buruk sesuatu program menjadikan ianya lebih sulit untuk dipilih. Saingan yang dihadapi untuk memilih satu projek juga ramai kerana banyak kumpulan dalam satu kelas yang meningkatkan kemungkinan bahawa mer...

Phang Shi Kai KIG180147

Bermula daripada 18 March 2020, negara kita telah melancarkan PKP (MCO) untuk mencegah penyebaran penyakit Covid-19 di negara kita. Instituisi awam tinggi termasuk UM telah berhenti semua pengajaran di setiap falkuti and melaksanakan pengajaran secara talian (online teaching). Hal ini menyebabkan pelancaran subjeck ini menjadi lebih susah untuk dijalankan seperti yang telah dirancangkan. Walau bagaimanapun, kami berasa syukur sangat untuk menerima bimbingan daripada Encik Norhafizan yang teliti sapanjang pelaksanaan PKP secara talian. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Norhafizan yang membantu semua murid dalam mejalankan project STEM ini secara online.   Menerusi projek ini, saya menyerdari bahawa kepentingan talian dan internet kepada semua manusia. Jika taka da internet and aplikasi seperiti google meet, kami tidak akan dapat menjalankan projek ini sebab setiap individu kena kuarentine di dalam rumah masing masing. Dalam projek STEM ini, kerja ka...

Low Choon Hao KIG180061

Fasa Perancangan Projek yang dilaksanakan kali ini agar berbeza disebabkan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPBersyarat (PKPB) telah dilaksanakan. Justeru segara program atau aktiviti fizikal adalah dilarang. Untuk mengatasi masalah ini kita bersetuju untuk menjalankan aktiviti kita melalui lamang sesawang. Program yang diadakan adalah Pertandigan STEM. Acara yang ditandingkan adalah kuiz, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Rekacipta & Inovasi. Semua acara yang tersenarai di atas dijalankan atas talian. Untuk saya, program kali ini merupakan suatu program yang baharu sebab saya tidak pernah merancang atau terlibat dalam aktiviti yang dijalankan atas talian sebegini.   Cabarannya agar besar juga sebab kita tidak boleh berjumpa antara satu sama lain. Perjumpaaan hanya boleh dilakukan atas talian dan ganguan seperti laman internet tidak stabil berlaku kadang kala. Hal ini menyebabkan informasi yang diberikan tidak jelas. Untuk mengatasi masalah ini setiap kali...

MUHAMMAD ALFATIH BIN ABDUL AZIZ KIG180082

Salam. Nama saya Muhammad Alfatih Bin Abdul Aziz dan ini adalah refleksi saya terhadap Project STEM yang dilaksanakan dibawah Universiti Malaya Stem Centre. Refleksi saya ini akan dibahagikan kepada 3 fasa, fasa perancangan, fasa semasa, fasa selepas. Oleh itu mari kita mula.   Fasa perancangan, pada mula semesta kami ( pelajar tahun 2 kejuteraan mekanikal Universiti Malaya) mengambil kursus social engagement, antara kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar Universiti Malaya. Dengan itu kami ditugaskan untuk melaksanakan projek STEM ini di bawah kursus social engagement. Sebelum permulaan perintah berkurung kami hanya dapat bertemu dengan pensyarah social engagement dua kali. Semasa itu kumpulan saya diberikan tugas untuk menyelaraskan project ini. Pada mulannya kumpulan kami memilih untuk menyelaraskan pertandingan BEGIN Challenge 2020. Tetapi selepas berlakunya perintah kawalan pergerakan BEGIN Challenge 2020 tidak akan dilaksanakan. Oleh demikian kami terpaksa melakukan...

Ooi Xu Hong KIG180146

Pada permulaannya, subjek jalinan masyarakat ini memang saya bimbangkan kerana subjek ini memerlukan banyak perancangan dan inisiatif. Mula-mulanya, disebabkan Covid-19 ini, minggu pertama semester ini telah dijadikan sebagai belajar secara atas talian. Hal ini telah menyebabkan pelancaran subjek ini menjadi lambat. Walau bagaimanapun, kita telah berjaya menjalankan perjumpaan dengan cikgu bimbingan kami, Encik Norhafizan. Kami menerima banyak bantuan dan penerangan daripada beliau. Bak kata pepatah:”disangka panans sampai ke petang, rupanya hujan di tengah”. Masalah Covid-19 ini semakin teruk di Malaysia. Hal ini menyebabkan sekolah terpaksa untuk berhenti pada minggu ke-5. Subjek jalinan masyarakat ini turut dilanjutkan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa bimbang kerana kita tidak dapat untuk menjalankan program subjek ini dengan lancar kerana kita tidak boleh terus bersemuka dengan orang lain pada waktu ini. Selepas hampir satu bulan, subjek ini baru terus dijalankan tetapi dal...

NORSHAFFAN BIN MOHD KIG180132

Projek kami bagi Jalinan Masyarakat ialah untuk mengadakan bengkel yang bertemakan science, technology, engineering and mathematics (STEM) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Terdapat pelbagai acara yang diadakan seperti pertandingan kuiz, reka cipta teknologi hijau dan reka bentuk bandar hijau. Saya telah ditempatkan sebagai salah seorang pelajar yang bertanggungjawab untuk pertandingan kuiz. Secara spesifik, saya ditugaskan untuk membuat nota dan kuiz bagi subjek Biologi. Antara perancangan yang saya dah ahli kumpulan saya telah lakukan adalah untuk mengkaji tajuk yang relevan untuk diajar kepada meraka. Setelah mengkaji silibus Biologi tingkatan empat dan lima, kami telah bersetuju untuk mengambil tajuk pembahagian sel sebagai tajuk untuk kami ajar dan membuat soalan kuiz. Pada mulanya, komunikasi antara ahli kumpulan agak teruk tetapi setelah beberapa kali perbincangan, barulah kami berasa selasa untuk bekerjasama. Kami bersetuju untuk melakukan pembentangan slaid untuk mengaj...

Hafiz Imran Bin Dzulkarnain KIG180040

Pengenalan             Projek Jalinan Masyarakat kami adalah membuat satu bengkel STEM yang bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah subjek-subjek sains dan matematik. Bahagian-bahagian dalam bengkel ini ialah Quiz atas talian, rekacipta, inovasi dan teknoloji hijau, rekabentuk bandar hijau.   Saya ditugaskan untuk menyediakan slaid Power Point dan soalan-soalan untuk quiz Biologi. Setelah berbincang dengan kumpulan saya, kami telah memilah topik mitosis dan meoisis. Fasa Perancangan             Setelah selesai projek ini, saya dapati bahawa komukasi antara ahli-ahli sesebuah organisasi amatlah penting. Projek STEM ini terdiri daripada beberapa kumpulan yang mempunyai lapan hingga sepuluh ahli kumpulan. Organisasi atau projek sebesar ini haruslah mempunyai komukasi yang efektive untuk mengelakkan salah faham dan arahan yang tidak jelas. Pada awal-awal projek,...

Ong Loon Sheng KIG180144

Fasa Perancangan Semua aktiviti fizikal dibatalkan oleh kerajaan semester ini disebabkan Covid-19 yang serius apabila bulan Mac 2020. Oleh itu, projek kita yang dirancang untuk melakukan aktiviti STEM terpaksa bertukar kepada cara yang lain. Untuk mangatasi masalah ini, kita membuat keputusan untuk meneruskan Projek STEM kita dengan projek-projek melalui Internet. Projek kita ialah Pertandingan Stem. Dalam pertandingan ini, kita melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sebagai peserta kami. Acara yang kita anjurkan ialah Pertandingan Quiz, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Rekacipta dan Inovasi. Projek ini merupakan satu cabaran yang agak besar kepada saya kerana ini kali pertama saya melakukan satu projek hanya melalui Internet tanpa sebarang komunikasi bersemuka. Selain itu, perjumpaan juga bukan selalu berjalan dengan lancar kerana talian Internet yang tidak stabil. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kita juga mempunyai satu Whatapps group untuk berbincang de...

Tan Au Kit KIG180158

Sesi perancangan Pada 1/4/2020, kami diberitahu oleh Encik Norhafizan untuk menangani Karnival STEM dihatiku. Karnival ini terdiri daripada 6 kumpulan STEM. Mulanya kami langsung tiada idea bagaimana karnival itu dijalankan dan pada masa tu PKP telah pun bermula menyebabkan kami tidak dapat berjumpa dengan beliau. Tetapi beliau tetap memberi taklimat tentang karnival STEM melalui Google Meet dan ini telah memberi sedikit gambaran kepada kami tentang bagaimana karnival tersebut dijalankan pada masa lepas. Beliau mengatakan karnival ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah menegah terhadap subjek STEM dan pelbagai program seperti pertandingan roket air telah dijalankan pada masa lepas. Selepas itu, untuk menjawab soalan yang timbul di fikiran kami, Encik Norhafizan memberi taklimat kedua tentang karnival STEM melalui Google Meet. Selapas taklimat tersebut, kumpulan-kumpulan STEM juga berbincang tentang program atau pertandingan yang hendak dijalankan. Kesimpulan yang kami dapat ...