Low Choon Hao KIG180061

Fasa Perancangan

Projek yang dilaksanakan kali ini agar berbeza disebabkan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPBersyarat (PKPB) telah dilaksanakan. Justeru segara program atau aktiviti fizikal adalah dilarang. Untuk mengatasi masalah ini kita bersetuju untuk menjalankan aktiviti kita melalui lamang sesawang. Program yang diadakan adalah Pertandigan STEM. Acara yang ditandingkan adalah kuiz, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Rekacipta & Inovasi. Semua acara yang tersenarai di atas dijalankan atas talian. Untuk saya, program kali ini merupakan suatu program yang baharu sebab saya tidak pernah merancang atau terlibat dalam aktiviti yang dijalankan atas talian sebegini.  Cabarannya agar besar juga sebab kita tidak boleh berjumpa antara satu sama lain. Perjumpaaan hanya boleh dilakukan atas talian dan ganguan seperti laman internet tidak stabil berlaku kadang kala. Hal ini menyebabkan informasi yang diberikan tidak jelas. Untuk mengatasi masalah ini setiap kali perjumpaan, kesimpulan akan dibuat untuk memastikan setiap ahli mendapat informasi yang tepat. Setelah acara yang ditandingkan ditetapkan, ahli diagihkan kepada beberapa kumpulan dan tugasan telah diagihkan supaya program ini boleh dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Kerjasama setiap ahli amat dihargai dan masalah yang tertimbul semasa membuat persediaan Berjaya diselesaikan dengan baik. Oleh itu saya belajari bahawa kerjasama amat penting semasa kita bekerja sebagai satu pasukan. Tanpa kerjasama dari setiap ahli, program yang agar besar ini tidak mungkin boleh berjalan dengan lancar.

Fasa Semasa

Sebelum pertandingan dijalankan, pengajaran atas talian telah diberi kepada peserta pertandingan. Peserta akan berlajar dulu sebelum bertanding. Bahan pengajaran diberi kepada perserta melalui bentuk video. Sepanjang masa ini perserta boleh menanya soalan yang tidak difahami dalam ahli kita akan membantu mereka yang menghadapi masalah. Dalam proses ini saya mendapat peluang untuk berkomunikasi dengan pelajar dan memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah mereka sekiranya mereka mempunyai soalan yang tidak difahami. Saya memahami bahawa cara berkomunikasi ataupun cara ukapan amatlah penting supaya seseorang itu faham apa yang dijelaskan.

Fasa Selepas

Selepas program ini berjaya dilaksanakan saya berasa gembira sebab program ini berjaya dijalankan dengan lancar. Semua masalah dapat diselesaikan dengan kerjasama dari semua pihak. Ibu bapa perserta juga berasa bangga dengan anak mereka yang berjaya memenangi hadiah dalam pertandingan. Melalui program ini saya mendapat pengalam yang agar berharga dan berharap ia dapat membantu saya pada masa yang akan datang.


Comments