Hafiz Imran Bin Dzulkarnain KIG180040
Pengenalan
Projek Jalinan Masyarakat kami
adalah membuat satu bengkel STEM yang bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar
sekolah subjek-subjek sains dan matematik. Bahagian-bahagian dalam bengkel ini
ialah Quiz atas talian, rekacipta, inovasi dan teknoloji hijau, rekabentuk
bandar hijau. Saya ditugaskan untuk menyediakan slaid Power Point
dan soalan-soalan untuk quiz Biologi. Setelah berbincang dengan kumpulan saya,
kami telah memilah topik mitosis dan meoisis.
Fasa Perancangan
Setelah selesai projek
ini, saya dapati bahawa komukasi antara ahli-ahli sesebuah organisasi amatlah
penting. Projek STEM ini terdiri daripada beberapa kumpulan yang mempunyai
lapan hingga sepuluh ahli kumpulan. Organisasi atau projek sebesar ini haruslah
mempunyai komukasi yang efektive untuk mengelakkan salah faham dan arahan yang
tidak jelas. Pada awal-awal projek, komunikasi dalam kumpulan kami kurang
memuaskan dan tidak aktif. Ini menyukarkan segala urusan kerja dan arahan untuk
diterima. Hal demikian mungkin kerana pada awal tahap PKP, kami masih belum
sesuaikan diri dengan cara belajar yang baru. Namun begitu, kerjasama dan
komukasi bertambah baik setelah semua orang memahami tugasan sendiri. Tugasan-tugasan
lebih mudah dibuat apabila komunikasi yang efektive dan arahan diberi dengan
jelas.
Fasa Semasa
Dalam proses membuat penyelidikkan tentang topik
mitosis, saya sedar bahawa topik-topik yang dipelajari di sekolah amat berguna
dalam kehidupan. Pengetahuan am yang didapati daripada subjek-subjek STEM di
sekolah seperti Bioloji, dapat meluaskan pengetahuan saya dan menambah
kefahaman saya walaupun tidak diaplikasikan dalam bidang yang saya pelajari. Ini
juga membolehkan saya menyetai perbincangan dengan rakan-rakan dari bidang
lain. Sebagai contoh, saya boleh memahami dan menyertai perbincangan dengan
rakan-rakan saya yang sedang berbincang tentang bidang perubatan.
Saya juga mendapat kesedaran bahawa masalah boleh
timbul pada bila-bila masa sahaja dalam sesuatu projek. Dalam kes ini, quiz
kami telah mengalami masalah teknikal sebentar dan soalan-soalan tidak dapat
memapar. Mujurlah saya dan kumpulan saya telah bersiap sedia untuk membaiki
masalah tersebut. Ketua kumpulan kami juga perlu dipuji kerana memberi arahan untuk
bersiap sedia sekiranya masalah berlaku.
Fasa Selepas
Setelah menyelesaikan
program ini, saya menyedari bahawa betapa seronoknya untuk menjalankan
projek-projek dengan pelajar-pelajar sekolah. Pada awal-awal projek ini, saya
mempunyai mentaliti yang pelajar-pelajar sekolah akan sukar untuk diajar dan
berinteraksi. Mentaliti saya dibetulkan apabila saya dapati peserta-peserta
program berterima kasih dengan saya dan ahli-ahli STEM yang menganjurkan
program ini. Mereka juga nampak semangat belajar dan mempunyai sifat ingin
mengambil tahu dan banyak bertanya soalan di ruang persoalan kami.
Seterusnya, saya rasa
program-program STEM haruslah diperbanyakkan. Hal demikian kerana program-program
STEM yang memberi platfom untuk memupuk pelajar-pelajar di sekolah untuk
berfikir lebih inovatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah dan mengatasi
cabaran. Program-program ini menjadi satu platform untuk mereka mengaplikasikan
theori-theori dan hasil pembelajaran mereka yang merupakan cara pembelajaran
yang lebih “hands on” dan efektif. Pelajar juga dapat belajar dan
berhubung dengan kami yang pengajar dan ini dapat mewujudkan pembelajaran terus
dan berkesan.
Comments
Post a Comment