Ong Loon Sheng KIG180144
Fasa
Perancangan
Semua
aktiviti fizikal dibatalkan oleh kerajaan semester ini disebabkan Covid-19 yang
serius apabila bulan Mac 2020. Oleh itu, projek kita yang dirancang untuk
melakukan aktiviti STEM terpaksa bertukar kepada cara yang lain. Untuk
mangatasi masalah ini, kita membuat keputusan untuk meneruskan Projek STEM kita
dengan projek-projek melalui Internet. Projek kita ialah Pertandingan Stem.
Dalam pertandingan ini, kita melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 sebagai peserta kami. Acara yang kita anjurkan ialah Pertandingan
Quiz, Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau dan Rekacipta dan Inovasi. Projek ini
merupakan satu cabaran yang agak besar kepada saya kerana ini kali pertama saya
melakukan satu projek hanya melalui Internet tanpa sebarang komunikasi
bersemuka. Selain itu, perjumpaan juga bukan selalu berjalan dengan lancar
kerana talian Internet yang tidak stabil. Oleh itu, untuk mengatasi masalah
ini, kita juga mempunyai satu Whatapps group untuk berbincang dengan ahli-ahli
lain yang mempunyai masalah Internet. Setiap kali habis perjumpaan, ketua
kumpulan akan membuat kesimpulan di Whatapps Group dan mengagihkan tugas kepada
ahli-ahli. Kerjasama ialah satu isu yang paling penting dalam projek ini. Dengan
kerjasama semua ahli, kita dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih
mudah dan cepat.
Fasa Semasa
Sebelum
Pertandingan Quiz diadakan, saya diarahkan untuk membuat video tentang
pengajaran kimia Tingkatan 4. Video ini adalah sebagai bahan pengajaran untuk
pelajar-pelajar yang menyertai Pertandingan Quiz. Selain itu, peserta juga
diberi peluang untuk menanyakan soalan semasa perjumpaan dengan kami. Melalui
proses ini, saya dapat belajar bagaimana untuk membuat satu video atau bahan
pengajaran. Sebelum ini, saya tidak pernah untuk membuat video sejenis ini. Di
samping itu, dalam proses perjumpaan dengan peserta, saya dapat belajar
cara-cara berkomunikasi dengan pelajar atau kaum melalui Internet.
Fasa
Selepas
Saya
berasa sangat gembira dan bangga kerana projek ini dapat dilancarkan dan tidak
dibatalkan kerana Covid-19. Projek ini merupakan hasil kerjasama ahli dan
Pensyarah yang bertugas. Untuk masa depan, saya berharap aktiviti ini juga
boleh berjalan melalui Internet. Walaupun ini merupakan satu kursus pada
semester ini, tapi saya berasa agak gembira dengan penglibatan dalam aktiviti
kemasyarakatan dan berharap agar dapat peluang untuk menyertai aktiviti
kemasyarakatan lain pada masa depan.
Comments
Post a Comment