NORSHAFFAN BIN MOHD KIG180132
Projek kami bagi Jalinan Masyarakat ialah untuk mengadakan bengkel yang bertemakan science, technology, engineering and mathematics (STEM) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Terdapat pelbagai acara yang diadakan seperti pertandingan kuiz, reka cipta teknologi hijau dan reka bentuk bandar hijau. Saya telah ditempatkan sebagai salah seorang pelajar yang bertanggungjawab untuk pertandingan kuiz. Secara spesifik, saya ditugaskan untuk membuat nota dan kuiz bagi subjek Biologi.
Antara perancangan yang saya dah ahli kumpulan saya telah lakukan adalah untuk mengkaji tajuk yang relevan untuk diajar kepada meraka. Setelah mengkaji silibus Biologi tingkatan empat dan lima, kami telah bersetuju untuk mengambil tajuk pembahagian sel sebagai tajuk untuk kami ajar dan membuat soalan kuiz. Pada mulanya, komunikasi antara ahli kumpulan agak teruk tetapi setelah beberapa kali perbincangan, barulah kami berasa selasa untuk bekerjasama.
Kami bersetuju untuk melakukan pembentangan slaid untuk mengajar meraka. Setiap ahli kumpulan kami dikehendaki untuk membuat beberapa keping slaid untuk setiap topik kecil dalam topik pembahagian sel. Selepas itu, kami akan gabungkan slaid-slaid tersebut. Selepas itu, kami berbincang untuk membuat soalan kuiz. Agak sukar bagi kami untuk membuat soalan kerana kami mahu soalan-soalan kuiz tersebut memerlukan mereka yang menjawabnya untuk berfikiran secara diluar kotak. Sepanjang proses pembuatan slaid dan soalan ini, kami melakukan mesyuarat secara atas talian untuk memudahkan komunikasi antara ahli kumpulan. Semasa program berlangsung, saya tidak diberikan tugasan spesifik namun saya dan juga ahli kumpulan saya perlu bersedia jika berlaku sebarang masalah terhadap slaid dan soalan kuiz.
Selepas program ini, saya sedar bahawa sebagai seorang pelajar zaman sekarang, kita perlu menguasai pelbagai bidang ilmu. Walaupun saya sedang belajar bidang kejuruteraan mekanikal, namun setelah program ini, saya dapati agak menarik untuk kita belajar bidang lain seperti biologi. Bukan itu sahaja, perasaan mengajar orang lain juga membuatkan saya berasa gembira kerana saya telah menambahkan ilmu orang lain.
Akhir sekali, saya berharap agar program ini dapat menarik minat pelajar sekolah untuk menceburi bidang STEM dengan lebih mendalam. Program sebegini juga harus dilakukan dengan lebih kerap kerana saya yakin program sebegini memberi impak yang besar kerana kita berhubung secara terus dengan pelajar-pelajar.
Comments
Post a Comment