MUHAMMAD SHAZUL BIN SAHROF KIG180115
Penglibatan diri saya dalam program STEM ini adalah daripada subjek “social engangement” yang saya ambil pada sem ini. Hal ini semua bermula dengan kelas pertama saya di fakulti kejuruteraan blok y. Ketika pada kelas pertama itu, kami semua seramai sekitar 80 orang diminta untuk menubuhkan team. Terima kasih kepada kawan saya juga yang telah menngajak saya untuk bergabung dengan teamnya. Selepas sahaja team kami ditubuhkan, banyak idea dan tajuk yang telah dikemukan oleh pensyarah kami bagi melaksanakan aktiviti untuk subjek ini. Hal ini demikian kerana subjek ini memerlukan satu projek dijalankan untuk dinilai sebagai pemarkahan bagi subjek ini. Pada mulanya amat susah bagi kami memilih dan menetapkan projek yang ingin kami jalankan. Kami juga berwaspada tentang kesan baik dan buruk sesuatu program menjadikan ianya lebih sulit untuk dipilih. Saingan yang dihadapi untuk memilih satu projek juga ramai kerana banyak kumpulan dalam satu kelas yang meningkatkan kemungkinan bahawa mereka juga mempunyai jenak fikiran yang sama dengan kami. Seminggu telah berlalu, akhirnya kami berakhir dengan keputusan yang bernas. Kami telah memilah Program STEM untuk dijadikan sebagai projek yang dijalankan bagi subjek ini. Mengapa kami memilih projek ini, hal ini demikian kerana kumpulan kami merasakan projek ini amat menyeronokkan dan mencabar kerana majoriti dalam kumpulan kami baru pertama kali terlibat dengan program besar yang melibatkan ramai orang. Selain itu, bagi kami program ini adalah salah satu program yang mungkin senang disusun and diatur corak jalannya kerana ia melibatkan ramai pihak. Kami juga berasa keputusan kami adalah yang terbaik kerana kami mengambil masa yang lama untuk melihat dari beberapa aspek penting. Selain itu, kami juga memilih program ini kerana semua ahli kumpulan kami setuju dan tidak mempunyai komitmen lain pada hari program dijalankan. Program STEM ini adalah salah satu program inovasi dan lain lain yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaya. Program ini kebiasaannya melibatkan sains dan teknologi kerana setahu saya program ini ingin mencungkil and mengasah bakat para pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah dalam teknologi dan maklumat. Program ini juga terdiri daripada pelbagai jenis program yang dimana kita mempunyai kuiz, kelas dan banyak lagi. Kami juga perlu memilih mana satu yang hendak diuruskan kerana setiap kumpulan perlu memilih jenis program stem untuk di urus dan laksanakan. Saya sangat tidak sabar untuk berbincang dan memilih jenis program yang sesuai untuk team saya.
Setelah sejenak masa berlalu, kini telah tiba masa untuk memilih jenis program yang dikehendaki. Setelah perbincangan yang dijalan dikalangan ahli kumpulan kami, kami memutuskan untuk memilih program kuiz. Kami memilih ini kerana kami suka untuk membuat soalan kuiz. Sebenarnya jenis program ini bukan sahaja dalam membuat kuiz, kami juga perlu membuat video tutorial ataupun video pendek mengajar tentang subjek yang kami buat kuiznya. setelah memiih jenis program ini, kami juga sampai dengan perjumpaan pertama dengan pensyarah kami. Program pada kali ini amatlah unik kerana kami dikehendaki menjalankan program ini secara talian dimana program pada tahun tahun yang lepas kami laksanakan dalam kaedah online yang dimana merekea dikehendaki dating ke University Malaya. Setelah perjumpaan pertama itu kami dikhabar turut berkerja sama dengan group STEM 4 bagi melaksanakan Kuize STEM ini. Jadi kami mempunyai sekitar 4-6 kumpulan yang bekerja bagi menjayakan program ini. Kami juga telah disatukan dalam satu kumpulan. Bernasib baiknya saya, saya secara tidak sengaja berada didalam dengan satu kumpulan dengan kawan kawan saya yang boleh dikatakan paling rapat di university ini. Saya tidak dapat bergabung dengan kumpulan mereka sebelum ini kerana kumpulan mereka penuh. Didalam kuiz ini, kami perlu dipecahkan ke beberapa kumpulan mengikuti jenis subjek seperti fizik, matematik , kimia kerana setelah melalui beberapa perbincangan, kaedah ini dapat memastikan kuiz dan video sesuatu subjek itu dapat dihasilkan dengan lebih kemas dan tepat. Saya diajak oleh kawan saya untuk memasuki kumpulan subjek matematik. Kebetulan, saya juga amat meminati matematik dari saya sekolah rendah lagi. Ini juga dapat menaikkan rasa keterujaan dan kerja keras saya dalam melaksanakan program ini. Oleh yang demikian, saya menerima ajakkan kawan saya tadi. Daripada kumpulan yang besar, akhirnya kami menjadi semua menjadi 6 orang setiap ahli dimana setiap group mendapat subjek yang lain.ada kumpulan yang lebih dan kumpulan ini bekerja dalam meamstkan kelancaran program ini dan menguruskan majlis pembukaan dan penutupan program ini. kerja kami dalam kumupulan matematik bermula dengan pengaihan tugas dimana kami merancang dalam subjek ini mahu melibatkan 5 subjek penting tingkatan 4 kerana yang mendaftar dalam program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5. Jadi kami memilihan bab 1 hingga 5 bagi tingkatan 4. Jadi kami mengagihkan bab yang perlu di pegang oleh setiap orang. Bagi saya, saya memilih bab tiga iaitu set. Saya memilih bab ini kerana saya teringat bahawa masa saya sekolah dulu bab ini agak mencabar bagi kami. walaupun, cukup mencabar akhirnya saya dapat memahami bab ini dengan cara saya. Oleh itu, saya berfikiran bahawa saya mungkin dapat membantu mereka dalam memahami lagi bab ini. Sebenarnya bab iini tidak lah susah seperti yang dijangka kan, kadang kala ada terma yang terlepas pandang Ketika proses pengajaran dan pembelajran di sekolah. Jadi kami semua diminta untuk membuat kuiz dan video pembelajaran bagi bab yang kami uruskan. Saya amat teruja dan semangat untuk melakukan benda yang saya minat. Semua yang dirancang tidak lah seperti yang disangka kerana saya sedikit gagal dalam memproduksikan video tersebut. Walaupun susah dan banyak masa dihabiskan dalam memebuat video tersebut, saya tetap tabah dan optimis kerana say tahu saya boleh. Bagi soalan kuiz pula, ianya amatlh senang kerana saya mempunyai pengalaman dengan menjawab pelbagai jenis soalan dan seperti umunya, soalan matematik selalunya dia saling berputar ganti ataupun soalan nya lebih kurang sama sahaja jadi saya tiada masala hdalam mengarang soalan tersebut. Masa pun berlalu tiba masanya untuk menghantar dan mengabungkan semua bahan team matematik hasilkan. Kami sedikit puas hati kerana Berjaya melalui proses ini. Kami juga mengadakan pertemuan terakhir dengan pensyarah kami. beliau memberitahu tentang beberapa perkara dan para ketua kami juga memberitahu tentang proses perjalan program.
Kalini tiba masanya ke pembukaan
program. Kami mengunakkan khimat google meet sebagai pengantaraan pihak kami
dan peserta. Kami amat terkejut kerana ramai juga menghadiri program ini bukan
sahaja murid malahan ada juga ibu bapa yang turut serta dalam acara pembukaan
ini. Setelah acara pembukaan ini selesai, maka bermulah program STEM yang
dijalankan selama tiga hari. Banyak program dijalankan dalam beberapa hari
tersebut, kami juga terharu kerana ramai yang ingin turut serta. Tidak lupa
juga segunung terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang ingin
bekerjasama dalam menjayakan program ini, tanpa mereka program ini kurang
Berjaya. Program STEM pada kali ini melibatkan sains dan teknologi kerana kami
ingin melihat sejauh mana kemampuan para saintis muda tahu tetang teknologi
sekarang. Walaupun ia kelihatan sangat gah, tapi kami menyediakan program yang
setaraf dengan kebolehan mereka sahaja. Setelah beberaapa hari telah berlalu,
telah tiba masa nya untuk program penutupan. Kami juga amat berpuas hati kerana
kami tidak menghadapi banyak masalah sepanjang program itu berlalu, mereka
semua juga mengikuti masa yang telah ditetapi oleh kami dan ianya amat
memudahkan proses penyelangaraan program itu. Kami juga berpuas hati kerana
mereka memberikan serratus peritus komitmen dan Kerjasama. Sepanjang program
ini dijalankan, kami juga telah mengumpulkan data untuk list nama para pemenang
bagi setiap aktiviti. Saya ingin mengucapkan segulung tahniah kepada para
pemenang kerana mereka adalah salah satu masa depan negara yang indah. Semasa
program penutupan itu, ada beberapa vip juga yang ikut serta dan para murid dan
ibu bapa. Kami masih melakukan nya secara dalam talian. Sejam juga berlepas
akhirnya kami dapat menghembuskan nafas yang lega kerana program ini akhirnya
selesai. Tanggapan saya selepas menyertai diri saya dalam program ini adalah
sebenaranya program yang melibatkan komuniti amat seronok dijalankan disebabkan
beberapa factor. Faktor faktornya adalah saya dapat berbakti dengan komuniti
diluar sahaja. Banyak aspek sebenarnya dapat membantu komuniti diluar sana.
Didalam program ini saya dapat membantu dalam aspek pemahaman mereka dalam
subjek ini. Saya juga berasa bahwa sifat dengan kata dan Kerjasama saya
meningkat Ketika melakukan program ini. Saya berasa bahawa program in banyak
memberi impak yang baik kepada diri saya. Saya juga menjadi seorang yang patuh
akan amanah dan menepati masa. Saya tidak menyesal dalam memilih perkara ini.
Terima kasih juga kepada semua ahi kumpulan yang bekerjasam dan memberi
dorongan bagi menyeslesaikan masalah ini. Saya sangat terharu dan menyimpan
perkara semua ini sebagai kenangan indah walaupun ianya dapat dilakukan hanya
secar talian. Akhir kata dari saya, saya mungkin ingin menyertai program seperti
pada masa hadapan. Banyak lagi pengalaman dan pelajran yang hendak saya
terokai. Terimakah ahli kumpulan dan pensyarah saya.
Comments
Post a Comment