Tan Au Kit KIG180158

Sesi perancangan

Pada 1/4/2020, kami diberitahu oleh Encik Norhafizan untuk menangani Karnival STEM dihatiku. Karnival ini terdiri daripada 6 kumpulan STEM. Mulanya kami langsung tiada idea bagaimana karnival itu dijalankan dan pada masa tu PKP telah pun bermula menyebabkan kami tidak dapat berjumpa dengan beliau. Tetapi beliau tetap memberi taklimat tentang karnival STEM melalui Google Meet dan ini telah memberi sedikit gambaran kepada kami tentang bagaimana karnival tersebut dijalankan pada masa lepas. Beliau mengatakan karnival ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah menegah terhadap subjek STEM dan pelbagai program seperti pertandingan roket air telah dijalankan pada masa lepas.

Selepas itu, untuk menjawab soalan yang timbul di fikiran kami, Encik Norhafizan memberi taklimat kedua tentang karnival STEM melalui Google Meet. Selapas taklimat tersebut, kumpulan-kumpulan STEM juga berbincang tentang program atau pertandingan yang hendak dijalankan. Kesimpulan yang kami dapat ialah megadakan tiga pertandingan: rekacipta inovasi dan teknologi hijau, reka bentuk bandar hijau dan quiz STEM atas talian. Setiap pertandingan ditangani oleh dua kumpulan STEM. Tarikh bagi pertandingan-pertandingan tersebut juga dibincang dalam mesyuarat tersebut. Majlis penutupan juga ditetapkan pada 5/6 jam 2 petang. Semua kumpulan STEM telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini. Ada yang bertanggungjawab untuk teks ucapan, surat jemputan, sebagai pengacara majlis dan banyak lagi. Kumpulan kami bertanggungjawab untuk menghasilkan slide untuk majlis tersebut. Kami turut mengadakan raptai dengan kehadiran encik dan beliau juga memberi beberapa cadangan untuk penambahbaikan.

Kumpulan kami (STEM 1) bekerjasama dengan kumpulan STEM 6 untuk mengadakan kuiz STEM atas talian. Kami telah berbincang secara terperinci mengenai platform untuk mengadakan kuiz, hadiah, skop quiz. Akhirnya kami bersetuju untuk mengadakan quiz dengan menggunakan Moodle (learning management system seperti Spectrum). Hadiah yang ditetapkan ialah RM250 (johan), RM150 (naib johan) dan RM50 (tempat ketiga) bersertakan sijil. Skop pula ialah matematik, biologi, fizik dan kimia. Setiap subjek mempunyai 10 soalan jadi jumlah soalannya ialah 40 dan masa diberi ialah selama 2 jam. Borang pendaftaran juga disiapkan selepas itu. Aktiviti yang diadakan termasuk pengajaran subjek-subjek tersebut sebelum mengadakan quiz atas talian. Panduan untuk menggunakan laman sesawang tersubut juga akan dihasilkan supaya peserta jelas cara mendaftar akaun dan lokasi video pengajaran tersebut. Tarikh yang kami tetapkan ialah pengajaran video pada 16/5 dan 17/5, quiz akan diadakan pada 18/5 jam 9 malam. Poster untuk mengiklankan karnival ini pula ditangani oleh kumpulan lain. Google classroom telah dibuka oleh Encik Norhafizan dan setiap kategori pertandingan telah pun memuat naik maklumat tentang karnival ini berserta dengan borang pendaftaran. Laporan kewangan juga dihantar kepada encik supaya wang tunai dapat diberi kepada pemenang.

Pada 27/4/2020, kami telah mengagihkan kerja untuk menghasilkan video pegajaran dan soalan-soalan kuiz. Terdapat 19 orang dari kumpalan STEM 1 dan STEM 6 jadi setiap subjek ditangani oleh 4 hingga 5 orang. Saya bertanggungjawab untuk subjek fizik. Disebabkan pelajar menegah biasanya belajar dalam Bahasa Kebangsaan, saya menghadapi sedikit kesukaran ketika merakam video kerana dulu saya belajar dalam bahasa inggeris. Saya terpaksa mencari rujukan dari Google dan ini memang membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini.

 Tetapi sesuatu perkara di luar jangkaan kami, iaitu bilangan pelajar yang menyertai karnival ini amat kurang kerana pada masa itu karnival ini hanya terbuka kepada pelajar SMK Puchong Utama 1. Kami memberitahu encik tentang perkara ini dan keputusan yang dibuat setelah berbincang sesama kumpulan-kumpulan STEM, iaitu membuka kepada semua pelajar sekolah menegah. Idea ini mendapat sokongan beliau dan beliau turut membantu kami untuk menyebarkan maklumat tentang karnival ini ke sekolah- sekolah lain. Bilangan peserta meningkat setelah tindakan tersebut diambil. Pendaftaran ditutup pada 14/5 dan seramai 33 pelajar dari seluruh negara telah mendaftar untuk menyertai pertandingan kuiz.


Sesi semasa

Pada 15/5, kami telah membuka satu Whatsapp group dengan peserta kuiz supaya maklumat dapat disampaikan kepada peserta yang tidak mempunyai akaun Google classroom (kami turut menyampaikan segala maklumat di GCR). Panduan untuk mencipta akaun dan cara menggunakan moodle telah disampaikan. Group dicipta juga membolehkan kami untuk menjawab soalan-soalan peserta mengenai kuiz atas talian.

Pada 16/5 dan 17/5, video pengajaran subjek terbuka untuk diakses. Pelajar dapat belajar tentang subjek skop kuiz dan terdapat forum untuk menjawab soalan mereka sekiranya mereka terdapat soalan mengenai sesuatu subjek.

Pada 18/5 jam 9 malam, kuiz bermula dan pelajar diberi masa 2 jam untuk menjawab soalan-soalan yang dipaparkan. Kebanyakan peserta menghabiskan quiz itu dalam satu jam setengah.

Keputusan diumumkan ketika majlis penutupan. Kali ini majlis penutupan diadakan melalui Google Meet. Slide dipaparkan melalui share screen dan pengacara majlis memakai baju yang sesuai dan membuka kameranya. Ketua dari UM STEM centre juga dijemput untuk memberi ucapan serta merasmi penutupan karnival. Mulanya kami memikir untuk memainkan video pemenang rekacipta inovasi dan reka bentuk bandar hijau tetapi kami menghadapi masalah teknikal di mana bunyi video tersebut tidak dapat didengar oleh para hadirin. Kami terpaksa meneruskan majlis dan meletakkan link untuk sesiapa yang berminat untuk menonton video itu.


Sesi selepas

Selepas kuiz atas talian tamat, kami minta para peserta untuk mengisi borang maklum balas (feedback) supaya batch seterusnya dapat menjalankan pertandingan tersebut dengan baik. Antara cadangan yang diterima termasuk suara video pengajaran kurang jelas, mengadakan kuiz menggunakan Google Form dan membuat soalan kuiz dalam dwibahasa. Peserta juga mengatakan kuiz ini dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar subjek-subjek STEM kerana kuiz ini telah memberi sedikit sebanyak dedahan terhadap subjek tersebut terutamanya pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.

Sijil pula dihantar kepada peserta quiz selepas majlis penutupan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Norhafizan kerana memberi peluang kepada kami serta sokongan yang diberi oleh beliau untuk menjayakan karnival ini. Kali ini merupakan keadaan yang amat luar biasa kerana Covid-19 melanda, kami terpaksa menjalankan semua aktiviti atas talian dan ini memberi pengalaman kepada kami untuk mengadakan program secara atas talian pada masa kelak. Program ini juga memberi peluang kepada saya untuk berkomunikasi dengan pelajar sekolah menegah, saya dapat bertanya sedikit keadaan mereka belajar subjek-subjek tersebut semasa di sekolah. Saya juga akan mengambil peluang ini untuk menggalak mereka supaya belajar berusaha kerana antara mereka terdapat beberapa orang yang berhasrat untuk menimba ilmu di UM. Apabila saya melihat feedback yang mereka isi, yang mengatakan kuiz ini sedikit sebanyak meningkatkan pemahaman dan memberi pendedahan kepada mereka terhadap subjek STEM, saya dan ahli lain berasa amat gembira dan segala usaha yang kami lakukan mendapat hasilnya.

Selain itu, saya juga dapat merasa usaha yang cikgu-cikgu lakukan sebelum mengajar kami di kelas. Kali pertama saya merakam video pengajaran saya langsung tiada membuat sebarang persediaan, hanya buat slide untuk video sahaja. Tetapi apabila saya mulakan rakaman, banyak masalah yang timbul seperti ketidaklancaran, lupa apa yang hendak diajar dan sebagainya. Hal ini membuktikan pelbagai persediaan perlu dilakukan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Saya berasa amat bersyukur kerana terdapat banyak guru-guru yang rela mengorbankan masa untuk masa depan saya. Ini membuatkan saya berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran kerana saya berasa sesuatu perkara sebegini amat bermakna kerana dapat memberi ilham kepada pelajar dan apa yang mereka memerlukan hanya cara pembelajaran yang mampu menarik perhatian mereka. Secara ringkasnya, saya telah mendapat banyak pengalaman dalam pengendalian program atas talian dan peluang berkomunikasi dengan pelajar sekolah menegah dari seluruh negara, saya amat menghargai peluang yang diberikan, saya juga berasa bersyukur kerana setiap ahli dalam kumpulan memberi kerjasama dan saling membantu untuk menjayakan program ini, terima kasih.

Comments