Mohd Daniel Zulkarnain Rosdi Hisham KIG180073

Bagi Jalinan Masyarakat yang telah berlangsung, kami telah mengadakan bengkel Science, Technology.
Engineering, and Mathematics (STEM). Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan kuiz, reka cipta teknologi hijau, dan reka bentuk bandar hijau. Saya telah mengambil bahagian dalam menganjurkan pertandingan kuiz.

Bagi pertandingan ini, saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat nota bagi subjek
Biologi. Setelah menelaah silibus Biologi pelajar sekolah, kami bersepakat umtuk menjadikan topik
“Pembahagian Sel” sebagai tajuk untuk diuji. Pada mulanya, terdapat beberapa isu telah dihadapi oleh
ahli kumpulan seperti komunikasi dan kerjasama, tetapi isu tersebut dapat diselesaikan dan projek
berlangsung dengan lancer.

Pembahagian tugas dengan memberikan ahli sub-topik untuk dijadikan nota berbentuk
persembahan slaid. Ahli kumpulan diberikan tugas membuat beberapa slaid berkenaan sub-topik yang
diberikan. Seorang ahli diberikan tugas untuk mengabungkan slaid-slaid tersebut and melakukan voiceover bagi memudahkan pemahaman peserta pertandingan kuiz. Soalan juga digubal oleh ahli kumpulan. Semua tugas ini dilakukan secara atas talian kerana pandemik yang sedang melanda dunia. Semasa pertandingan kuiz berlangsung, saya dan ahli kumpulan tidak diberikan tugasan spesifik.
Walaubagaimanapun, kami bersedia untuk mengedalikan apa-apa tugasan atau konflik yang berlaku.

Setelah program ini berlangsung, saya mendapati terdapat kemudahan yang boleh digunakan
untuk proses pembelajaran dan pendidikan. Hal ini membuktikan bahawa tiada halangan untuk seseorang mempelajari ilmu baharu atau untuk mendapatkan pendidikan. Selain itu, seseorang pelajar perlu mampu mengadaptasikan diri dengan masalah yang berlaku.

Akhir sekali, saya berharap program ini dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang STEM
dengam lebih mendalam. Saya juga berharap program seperti ini diteruskan kerana dapat membantu
pelajar mengetahui bidang-bidang STEM yang lebih daripada ilmu kedoktoran dan kejuruteraan.

Comments