Ooi Xu Hong KIG180146

Pada permulaannya, subjek jalinan masyarakat ini memang saya bimbangkan kerana subjek ini memerlukan banyak perancangan dan inisiatif. Mula-mulanya, disebabkan Covid-19 ini, minggu pertama semester ini telah dijadikan sebagai belajar secara atas talian. Hal ini telah menyebabkan pelancaran subjek ini menjadi lambat. Walau bagaimanapun, kita telah berjaya menjalankan perjumpaan dengan cikgu bimbingan kami, Encik Norhafizan. Kami menerima banyak bantuan dan penerangan daripada beliau.

Bak kata pepatah:”disangka panans sampai ke petang, rupanya hujan di tengah”. Masalah Covid-19 ini semakin teruk di Malaysia. Hal ini menyebabkan sekolah terpaksa untuk berhenti pada minggu ke-5. Subjek jalinan masyarakat ini turut dilanjutkan. Hal ini telah menyebabkan saya berasa bimbang kerana kita tidak dapat untuk menjalankan program subjek ini dengan lancar kerana kita tidak boleh terus bersemuka dengan orang lain pada waktu ini. Selepas hampir satu bulan, subjek ini baru terus dijalankan tetapi dalam bentuk atas talian.

Dalam waktu MCO ini, kami memang susah untuk melaksanakan satu program walaupun program itu secara atas talian. Walaubagaimanapun, atas bimbingan Encik Norhafizan, kami semakin jelas tentang tanggungjawab kami dan apa yang perlu dibuat. Kumpulan saya menjalankan program kuiz atas talian, iaitu satu aktiviti daripada program stem dihatiku. Walaupun akitiviti ini nampaknya senang, tetapi persediaan untuk aktiviti ini memang tidak senang. Kami mengadakan beberapa perbincangan atas talian dengan kumpulan lain untuk menentukan cara untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Dalam aktiviti ini, kami perlu menyediakan video pengajaran, bahan pengajaran dan soalan kuiz. Dalam proses penyediaan bahan pengajaran, kami perlu mencari balik apa yang kami telah belajar waktu sekolah menengah. Satu cabaran yang tinggi bagi saya ialah semua bahan pengajaran perlu disediakan dalam Bahasa Melayu tetapi saya belajar dalam Bahasa Inggeris waktu sekolah menengah. Atas bantuan ahli kumpulan, saya berjaya untuk menyediakan bahan pengajaran kepada peserta. Peserta bolehboleh membuat pertanyaan kepada kami sebelum dan selepas kuiz. Saya juga berjaya menjawab soalan mereka. Akhirnya, iaitu majlis penutupan. Majilis ini juga memerlukan banyak persediaan dengan menghubungi sekolah sekolah dan guru untuk menghadirkan majlis tersebut.

Dalam akitiviti ini, saya mendapat kepuasan yang tinggi kerana saya dapat membantu orang lain dalam bentuk lain. Dalam process perbincangan, saya juga berjaya untuk menerima idea orang lain dan bersama menghasilkan idea yang lebih baik. Saya juga bersyukur kerana dapat menyertai dalam persediaan program ini yang amat memanfaatkan. Saya juga menjadi lebih beryakin untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam program dengan lebih tenang dan baik. Saya berharap dapat menyertai program yang seperti ini pada masa hadapan.

Comments