Mohd Daniel Zulkarnain Rosdi Hisham KIG180073
Bagi Jalinan Masyarakat yang telah berlangsung, kami telah mengadakan bengkel Science, Technology. Engineering, and Mathematics (STEM). Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti pertandingan kuiz, reka cipta teknologi hijau, dan reka bentuk bandar hijau. Saya telah mengambil bahagian dalam menganjurkan pertandingan kuiz. Bagi pertandingan ini, saya dan ahli kumpulan ditugaskan untuk membuat nota bagi subjek Biologi. Setelah menelaah silibus Biologi pelajar sekolah, kami bersepakat umtuk menjadikan topik “Pembahagian Sel” sebagai tajuk untuk diuji. Pada mulanya, terdapat beberapa isu telah dihadapi oleh ahli kumpulan seperti komunikasi dan kerjasama, tetapi isu tersebut dapat diselesaikan dan projek berlangsung dengan lancer. Pembahagian tugas dengan memberikan ahli sub-topik untuk dijadikan nota berbentuk persembahan slaid. Ahli kumpulan diberikan tugas membuat beberapa slaid berkenaan sub-topik yang diberikan. Seorang ahli diberikan tugas untuk mengabungkan slaid-slaid tersebut and m...